Tuesday, 12 June 2012

..:: Buta Kerana Menangis Kepada-Nya ::..




Saleh Al-Muri bercerita, bahawa dia pernah melihat seorang perempuan tua memakai baju kasar di Mihrab Daud Alaihissalam. Perempuan yang telah buta matanya itu sedang mengerjakan solat sambil menangis terisak-isak. Setelah selesai solat dia mengangkat wajahnya ke langit dan berdoa:


“Wahai Tuhan Engkaulah tempatku memohon dan Pelindungku dalam hidup. Engkaulah penjamin dan pembimbingku dalam mati. Wahai Yang Maha Mengetahui perkara yang tersembunyi dan rahsia, serta setiap getaran batin tidak ada Raja bagiku selain Engkau yang kuharap dapat mengelak bencana yang dahsyat.”

Saleh Al-Muri memberi salam kepada perempuan tersebut dan bertanya: “Wahai puan! Apa yang menyebabkan hilangnya penglihatanmu?”


“Tangisku yang disebabkan sedihnya hatiku kerana terlalu banyaknya maksiatku kepada-Nya, dan terlalu sedikitnya ingatan dan pengabdianku kepada-Nya. Jika Dia mengampunkan aku dan menggantinya di akhirat nanti, adalah lebih baik dari kedua-dua mataku ini. Jika Dia tidak mengampunkan aku, buat apa mata di dunia tetapi akan dibakar di nereka nanti.” Kata perempuan tua itu.

Saleh pun ikut menangis kerana sangat terharu mendengar hujjah wanita yang menggerunkan itu.


“Wahai Saleh! Sudikah kiranya engkau membacakan sesuatu dari ayat Al-Quran untukku. Kerana aku sudah sangat rindu kepadanya.” Pinta perempuan itu.

Lalu Saleh membacakan ayat yang ertinya:
“Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang semestinya.”
(Al-An’am: 91)

“Wahai Saleh, siapakah yang berkhidmat kepada-Nya dengan sebenarnya?” Kata perempuan itu lalu menjerit kuat-kuat dengan jeritan yang boleh menggoncangkan hati orang yang mendengarnya. Dia jatuh ke bumi dan meninggal dunia seketika itu juga.

Pada suatu malam Saleh Al-Muri bermimpi berjumpa dengan perempuan tua itu dalam keadaan memakai baju yang sangat bagus.

Dalam mimpi tersebut Saleh bertanya: “Bagaimana keadaanmu sekarang?”

Perempuan itu menjawab: “Sebaik saja rohku dicabut, aku didudukkan di hadapan-Nya dan berkata: “Selamat datang wahai orang yang mati akibat terlalu sedih kerana merasa sedikitnya khidmatnya kepada-Ku

Kerana Wanita Itu Cantik




Seorang kanak-kanak lelaki bertanya kepada ibunya

“Mengapa ibu menangis?”
“Kerana ibu seorang wanita,” dia berkata kepada anaknya.
“saya tidak mengerti,” jawab anak kecil tersebut.
Ibu memeluk anaknya dan berkata “Dan kamu tidak akan pernah mengerti”


Kemudian anak lelaki tersebut bertanya kepada ayahnya
“Mengapa ibu menangis tanpa ada alasan?”
“Semua wanita menangis tanpa ada alasan,” hanya itu yang dapat dikatakan ayahnya.
Anak lelaki itu membesar dan menjadi seorang lelaki dewasa, dan masih merasa hairan mengapa wanita menangis.


Akhirnya dia mengadu pada Tuhan, dan dia bertanya,

“Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?”


Tuhan berkata “Aku menciptakan wanita istimewa.
Aku menciptakan baginya bahu yang kuat untuk memikul beban dunia,
tetapi begitu lembut sehingga dapat memberikan kenyamanan.”


“Aku memberinya kekuatan untuk melahirkan dan menahan karenah dari anak-anaknya”


“Aku memberinya keteguhan yang membuatnya dapat tetap bertahan di saat semua orang sudah menyerah,
dan tetap memperhatikan keluarganya tanpa mengeluh saat sedang lelah maupun sakit.”


“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam keadaan apapun, meskipun mereka menyakitinya.”


“Aku memberinya kekuatan untuk dapat memaklumkan kesalahan-kesalahan suaminya, menciptakannya dari tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya”


“Aku memberinya kearifan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik tidak akan pernah menyakiti isetrinya, tetapi kadang-kadang menguji kekuatan dan ketetapan hatinya untuk tetap teguh mendampingi suaminya”


“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dicurahkan. Ini khusus miliknya untuk digunakan bila-bila pun diperlukan.”


“Kau lihat: Kecantikan seorang wanita tidak terletak pada pakaian yang dikenakannya, penampilan luaranya, atau cara dia menyisir rambutnya.“

“Kecantikan seorang wanita dapat dilihat melalui matanya, kerana mata adalah pintu menuju hatinya, tempat dimana cinta bersemayam. 
KERANA WANITA ITU CANTIK….